Thursday, January 27, 2011

Fasha Sandha tunjuk sms from Jejai la plak

















taken from Cari forum

Bila Nora Danish ber"tweet"

@DanishNora NORA DANISH
KARMA baby. It hurts really bad ey? I feel u n I've been thru worst. Remember that always baby girl dat I've been thru WORST. Peace.
5 minutes ago via Twitter for BlackBerry® Favorite Reply 


psst: fahamkan mesej ni ditujukan buat siapa? huhu... kenyataannya begitulah..Namun, Nora sepatutnya tak payahla bertweet bagai, diam2 sudah..

Wednesday, January 26, 2011

Pelajar histeria nak terjun bangunan






TEMERLOH - Para pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di sini semalam melalui detik seram dan cemas apabila bukan saja terkejut dengan serangan histeria terhadap seorang pelajar perempuan malah menyaksikan cubaan membunuh diri oleh pelajar itu.

Selain gempar dengan tindakan pelajar tingkatan tiga pada pukul 8.30 pagi itu, lebih 1,000 pelajar termasuk kakitangan sekolah itu juga merasa seram menyaksikan bagaimana pelajar itu menjilat darah di tapak tangannya yang luka dipercayai terkena cermin tingkap.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di dalam kelasnya yang terletak di tingkat dua bangunan itu tiba-tiba menjerit-jerit mengatakan dia hendak terjun dari kelasnya yang mempunyai ketinggian lapan meter itu.

Lebih cemas apabila mangsa kemudian dapat melompat ke balkoni melalui tingkap kelasnya selepas setengah jam menjerit-jerit.
Keadaan bertambah kecoh apabila mangsa berlari-lari di sepanjang balkoni itu sebelum berdiri di hujung balkoni sambil mendepakan kedua-dua belah tangan.

Hani-TV3

Aku adalah pengikut setia drama bersiri Hani di TV3. Bagi aku drama ini lain dari yang lain sebab tiada watak jahat yang melampau.Drama kekeluargaan ini juga berjaya membuatkan air mata aku mengalir.

Watak Esma Daniel amat berkesan sekali sebagai tipikal bapa-bapa kita.Selalu dalam kehidupan kita bapa yang selalu ambil mudah dalam hal anak-anak.Anak sakit kepala dianggap migrain biasa.

Akhirnya, bapa ni pulak yang susah nak terima kenyataan yang anaknya jadi buta disebabkan barah otak.
Tapi aku suka sangat dengan Elfira Roy...comel je.

Rasanya sesuai kot Rozita Che Wan jadi mak budak-budak ni..sbb anak-anak semua cantik-cantik.Cuma Rozita kena kurangkan kerut-kerut dahi tu..hehe

Friday, January 21, 2011

Fasha - Jejai dah Putus????

Kisah cinta mereka juga diuji apabila bintang Nur Kasih, Tiz Zaqyah dikatakan cuba menggoda Jejai hingga Fasha membuat kenyataan terbuka di laman Twitter meminta Tiz supaya tidak mengganggu teman lelakinya itu pada Jun tahun lalu.  Selepas isu itu selesai, Fasha juga juga membuat kenyataan kepada pihak media ingin mengakhiri hubungannya dan Jejai dengan ikatan perkahwinan jika ada jodoh.

Bagaimanapun, hubungan cinta mereka diuji lagi apabila hati Fasha terluka apabila mendapat tahu Jejai bersama keluarga, bekas isterinya, Nora Danish serta anak mereka bercuti ke Jepun baru-baru ini. Fasha pula ke Pulau Bali, Indonesia bagi merawat hatinya yang luka apabila mendapat tahu Nora turut sama dalam percutian itu.

Ia menjadi perhatian apabila gambar Fasha berbikini ketika bercuti di pulau itu disebarkan di Internet. Fasha dikatakan berbuat demikian untuk melepas geram dengan tindakan Jejai bercuti bersama bekas isterinya. Bagaimanapun, Fasha mengambil tindakan berdiam diri apabila ditanya media ketika hadir dalam majlis mengumumkan Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), 12 Januari lalu.

Terbaru, ada sumber memberitahu Rap, hubungan Fasha dan Jejai sebenarnya sudah putus sejak sebulan lalu iaitu sebelum pelakon itu bercuti di Bali dan percutian ke Bali itu sebagai mengubat hati. Jejai dikatakan mengaku kepada sumber itu, dia dan Fasha sudah putus ketika dia keluar berdua dengan wanita lain, baru-baru ini.

Bagi mendapatkan penjelasan mengenai status hubungannya dengan Jejai, Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 26, Harian Metro cuba mendapatkan penjelasan Fasha.

“Maaf, saya tak mahu melayan isu sebegini sebenarnya. Tetapi memandangkan Harian Metro menghubungi saya banyak kali dan kerana menghormati hubungan baik yang terjalin selama ini, saya jawab soalan itu dengan ringkas.

“Hanya saya dan Jejai saja yang tahu perkara sebenar dan terpulanglah kepada sesiapapun untuk membuat andaian mengenai hubungan kami itu,” katanya.

Tegas model dan pelakon kelahiran Johor Bahru ini, dia juga menafikan cerita hubungannya dan Jejai sudah putus seperti yang disebarkan orang itu.

“Apa yang saya boleh katakan, kali terakhir Jejai berjumpa saya pada 4 Januari lalu, sebaik saja saya tiba dari Bali. Kami makan malam bersama ketika itu.

“Jejai bertolak ke Jepun pada 6 Januari untuk me�nyertai �keluarganya yang pergi �seminggu lebih awal. Jejai juga menelefon saya setiap hari �ketika dia berada di pulau Niseko, Jepun,” katanya.

Malah, kata Fasha lagi, ketika dia berada di Bali juga, Jejai sentiasa menghubunginya setiap waktu. Jika Jejai gagal menghubunginya, kekasihnya itu akan cuba sedaya upaya untuk bercakap dengannya dengan menghubungi kawan perempuannya yang lain ketika di Bali.

“Saya masih simpan ‘call log’ senarai panggilan dan semua khidmat pesanan ringkas (SMS), BB Mesengger di telefon bimbit. Saya ada bukti dan saksi dan sekiranya keadaan memaksa, saya tidak keberatan untuk menunjukkannya,” katanya.

Akui Fasha, hubungannya dengan Jejai juga baik sampai sekarang. Baginya, tidak perlu semua cerita peribadi ini dikongsikan secara terperinci dengan peminat.

“Mengenai persoalan, ada orang ingin saya dan Jejai putus, itu saya tidak mahu komen. Pada pandangan saya, setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya. Itu adalah normal. Apa yang pasti, hanya saya dan Jejai saja yang tahu setiap cerita,” katanya.

Berkongsi perkembangan karier seninya pula, kata pelakon yang sangat komited ini, buat masa ini dia terbabit dengan penggambaran untuk slot Samarinda sebanyak 20 episod, Samson Delaila arahan Raja Ahmad Alauddin terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd.

Dalam drama itu, Fasha memegang watak De Laila bergandingan dengan Ady Putra sebagai Samson. Skrip cerita ini ditulis Azlina Pak Wan yang juga penulis cerita Chinta.

“Kini saya dalam proses mempertimbangkan dua tawaran berlakon filem dan satu drama bersiri. Saya juga terpaksa menolak tawaran beraksi dalam teater Terima Kasih Cinta kerana komitmen dengan drama Samson Delaila. Saya juga hanya akan terima satu tawaran dalam satu masa kerana ingin fokus pada sesebuah projek saja,” katanya.

Drama bersiri 26 episod �lakonannya, Dia Atilia bergandingan dengan Zamarul Hisyam kini bersiaran di Astro Prima. Apa yang menarik, Fasha membawa watak gadis lasak, Atilia yang menyimpan perasaan pada teman baiknya, Faizal, tetapi lelaki itu mengahwini rakan sekuliah mereka.

Manakala, filem lakonan�nya, Dari Kerana Mata arahan Melissa Saila bakal menjengah pawagam pertengahan tahun ini. Dalam perkembangan lain, Fasha yang dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita �Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular �Berita Harian (ABPBH) 2010 sibuk dengan persiapan terakhir salun miliknya, Chinta Salon yang beroperasi di Wangsa Link.

Selain itu, dia juga baru menandatangani kontrak untuk tahun ketiga bersama barang kemas Habib Jewel.
 
Kredit: HM

Status FB yang meloyakan tekak

Salam..selamat pagi

Seperti biasa, sampai opis on pc kemudian bukak FB. Aduii agak loya pagi2 camni bila ada kawan2 letak status yang poyo.Dahla aku x sarapan lagi, maunya tak selera nak makan sampai ptg ni.

Aku paham bila ada yg ckp"Fb aku..suka ht akula, kalo x suka jgn baca".Memang itu hak korang nak tulis apa pun tapi hormatilah jugak hak org lain yg terbaca status korang tu.
Pilihan yang aku ade..'hide' je.hehe..

Agak-agak korang loya tak bila baca status camni " lambat sampai opis arini, letih "ot"mlm td n bgn pun lambat gak, pastu rambut pun x sempat kering" (korang pikir cam  aku pikir tak??)

p/s: apa status fb korang arini

Thursday, January 20, 2011

Camne nak link ngan entri terdahulu

seperti yang semua tahu (ceeewah) saya ni budak baru belajar...hari ni saya nak cuba buat link..ni cubaan pertama tau..

Sape2 blom tau azam saya tahun ni..cuba teka?.

Jap saya nak post entri ni...nak tgk berjaya atau tak cubaan pertama saya ni

Tiz - Remy~~~We all tak tinggal serumah hokayy!!~~~

Baru sahaja menginjak populariti, nama aktres Tiz Zaqyah tidak henti diselubungi kisah kontroversi. Satu per satu kisah kurang enak mengenainya diperkatakan bermula dengan kisah cintanya bersama aktor Remy Ishak, diikuti kisah dicop sebagai penganggu cinta Fasha dan kekasihnya Jejai, dan selepas itu gosip menagih cinta anak golongan kenamaan (VVIP) pula kedengaran.

Belum pun surut segala kisah tersebut, nama Tiz kembali menjadi tumpuan apabila kisah cintanya bersama Remy dibangkitkan semula. Keintiman mereka semakin dihidu masyarakat umum malah kedua-dua pasangan utama drama Nur Kasih itu kini dikatakan tinggal serumah pula.

Menafikan perkara tersebut jelas aktres berusia 22 tahun itu, kisah duduk serumah dengan Remy merupakan satu fitnah yang nyata.

"Saya memang berkawan dengan dia. Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain. Bukan dia sahaja yang datang bahkan kawan-kawan lain pun sama juga. Saya pun tak faham bagaimana kisah ini timbul kalau ada bukti mengatakan kami duduk sekali saya harap orang yang membuat cerita itu mengemukakan buktinya," katanya ketika ditemui pada majlis preview telemovie, 7 lagu yang diadakan di Mutiara Damansara, di sini, malam tadi.

Mengakui lelah dengan segala fitnah yang melekat pada dirinya, Tiz berkata dia semakin lali dengan permainan khalayak yang berkecimpung dalam bidang seni ini.

"Saya bosan dengan apa yang berlaku kerana segala cerita yang disebarkan tidak benar. Tapi amat sukar untuk saya mempertahankan diri sendiri kerana yang bercakap terlalu ramai. Namun saya bersyukur kerana masih ada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang mengerti dan mengetahui siapa saya sebenarnya," jelasnya lagi.

Berdoa sentiasa dikuatkan hatinya oleh Ilahi, wanita berbintang Scorpio ini menjelaskan cinta masih belum bertamu dalam dirinya sementelah dia masih lagi muda dan banyak lagi perkara perlu difokuskan.

"Fokus saya kini hanya untuk kerjaya. Masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk memperkembangkan kerjaya dan diri saya. Saya masih muda dan belum terfikir ke arah cinta.Biarlah masa dan waktu menentukannya," katanya mengakhiri perbualan.

kredit:mangga online

Wednesday, January 19, 2011

tajuk popular arini

hari ni sambil-sambil blogwalking...aku perasan ramai blogger buat entri pasai :-
1. Pesta kutip syiling
2. Facebook punca isteri ditikam
3. Air tin wajah Dato' Ct
4. Ibu suruh abg rogol saya
dan..
 5. Ayu Raudhah nikah jumaat ni...

Kesimpulannya...ape ek, takde apa-apa kot...saje je aku listing.

prosedur saman (civil case)

Salam.

Entri hari ini saya nak memberi sedikit garis panduan berkaitan Saman (berkait dengan pinjaman peribadi, kereta, ptptn, dll)

Step:
1. Notis Peringatan- kebiasaannya selepas 3 bulan pihak peminjam tidak menjelaskan apa-apa bayaran kepada pihak Bank, pihak Bank akan mengarahkan panel peguam untuk mengeluarkan Notis Peringatan. Kos notis ini, serendah RM10 dan setinggi RM35 akan ditanggung oleh peminjam. 

2. Notis Tuntutan- Selepas notis peringatan dikeluarkan, tetapi masih tiada apa-apa bayaran diterima oleh pihak Bank, pihak panel peguam kemudian diarahkan pula untuk mengeluarkan Notis Tuntutan dan Penamatan.Kos notis ini RM20-RM40. Tempoh 14 hari diberikan untuk membuat bayaran tunggakan.


3. Saman dan Pernyataan Tuntutan- Saman akan difailkan dimahkamah.Jika hutang lebih RM25k di Mahakmah Sesyen, jika kurang dr itu di Mahkamah Majistret shj. Saman akan diserahkan mengikut kontrak yang disebut di dlm perjanjian.Samaada secara pos biasa, pos berdaftar atau AR berdaftar. Jika secara AR Berdaftar kerumitan akan timbul jika tiada penerima yang menandatangani di kad AR tersebut dan ini akan menyebabkan Saman tersebut terpaksa dipohon kepada pihak Mahkamah untuk diserah secara tampalan di alamat terakhir peminjam (Defendan)

4. Selepas saman diserahkan pihak peguam akan merekodkan Penghakiman terhadap Defendan. Di sini, kita akan diberi peluang untuk menjelaskan tunggakan hutang kita mengikut kemampuan kita.(Itupun dengan persetujuan pihak Bank)

Ok...setakat ini dahulu..mungkin selepas ini saya kan menulis mengenai tindakan lanjut jika Saman ini diabaikan.

Monday, January 17, 2011

ashraff muslim- dah jadi pengamal perubatan islam

JIKA dahulu dia hanya melakonkan watak ustaz penghalau hantu dalam drama bersiri Puaka Niyang Rapik, Ashraf Muslim, 29, kini bertugas sepenuh masa sebagai pengamal perubatan Islam.
Ashraf mengubat pelbagai jenis penyakit sama ada berbentuk fizikal seperti sakit jantung mahupun penyakit spiritual yang melibatkan gangguan makhluk halus.
Kru Jurnal berpeluang melihat sendiri Ashraf mengubat pesakit di Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah yang terletak di Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor baru-baru ini.
Menyaksikan sendiri jumlah pesakit yang datang, ternyata Ashraf tidak main-main.
Pengunjung terdiri daripada semua peringkat usia. Mereka datang dari seluruh negara termasuk Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Ada juga yang sanggup bermalam di ibu negara sama ada di hotel mahupun rumah saudara-mara asalkan mendapat rawatan di situ.
Difahamkan, proses rawatan itu bermula selepas Isyak sehingga pukul 3 pagi.
Mengimbas kembali transformasi dirinya daripada seorang pelakon kepada pengamal perubatan Islam, Ashraf mengakui proses itu bukanlah sesuatu yang mudah.
Hijrah
“Ia satu penghijrahan diri, semua orang kena lalui. Proses perubahan itulah yang menjadikan saya lebih kuat dan lebih memikirkan apa yang salah dan betul.
“Sebelum ini memang saya ada duit, kerja, kereta, rumah dan kawan-kawan. Bagaimanapun, hati saya terasa kosong.
“Sampailah saya berjumpa pengasas pusat perubatan ini, Haji Lokman. Dia kata, Ashraf, pergi dekatkan diri dengan Tuhan.
“Caranya, saya sembahyang sunat taubat, sunat hajat dan pergi menunaikan umrah.


PUSAT Perubatan Syifa’ Al-Hidayah di Gombak, Selangor, tempat Ashraf mengamalkan ilmu perubatan Islamnya.



“Balik daripada umrah, saya rasa gembira dan lega. Perjalanan hidup pun semakin tenteram manakala rezeki bertambah hingga sekarang,” katanya.
Ashraf mula berkenalan dengan Haji Lokman Abdul Hamid ketika membawa seorang adiknya berubat di situ.
Haji Lokman juga ialah orang yang bertanggungjawab mengajar Ashraf ilmu perubatan Islam dan membuka Pusat Perubatan Syifa’ Al-Hidayah.
Menurut Ashraf, rawatan yang diberikan adalah menggunakan ayat-ayat al-Quran tanpa sebarang perantaraan mahupun khidmat daripada makhluk halus.
Selepas berubat, pesakit akan diberikan ayat-ayat daripada surah tertentu untuk diamalkan, yang berfungsi sebagai penawar penyakit.
Orang ramai datang untuk mendapatkan rawatan bagi pelbagai jenis penyakit.
Daripada yang menderita penyakit kronik hinggalah sekadar meminta air penerang hati.
“Namun, yang ada hanyalah ayat penerang hati, air penerang hati tidak ada.
“Semasa merawat, al-Quran kita mesti baca, baru kita ingat kepada Allah. Paling penting adalah doa.
“Air tidak penting, ia sekadar syarat. Kebiasaannya orang Melayu nak ada air, jadi kita bagi air, tapi baca al-Quran lagi penting.
“Kalau air dah habis tidak menjadi masalah sebab yang menjadi ubat ialah ayat al-Quran, bukan air.
“Sebagai contoh, untuk sakit tulang seperti artritis, surah yang perlu dibaca ialah surah Qaf dari ayat 16 hingga ayat 45. Selepas baca kita berdoa pada Allah mohon apa yang dihajati,” katanya.
Berlakon
Pemegang Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC) dan anak kelahiran Teluk Mas, Melaka ini berpendapat perubatan Islam bukan untuk golongan ustaz semata-mata.

TIADA khidmat makhluk halus, Ashraf sekadar berdoa dan membaca ayat-ayat al-Quran untuk merawat pesakit.



“Sebenarnya Tuhan tengok hati. Haji Lokman pun latar belakangnya bukan seorang ustaz, sebaliknya dia seorang ahli korporat. Dia berhenti kerja semata-mata untuk kerja ini (mengubat).
“Kerja ini untuk semua orang, tapi hati kenalah ikhlas. Saya juga manusia biasa.
“Yang penting, solat lima waktu jangan tinggal, buat perkara wajib, tinggalkan perkara yang dilarang,” katanya.
Kini, Ashraf fokus dengan pilihannya biarpun terpaksa melupakan karier lakonannya buat seketika.
“Berlakon itu bila-bila masa pun boleh. Sebelum ini saya buat dua-dua (berlakon dan mengubat). Tapi kadang-kadang kita perlu fokus pada satu-satu perkara,” katanya.


kredit : kosmo...

yan say: ermmm sejuknya hati tgk Ashraff ni,sesuai ngan nama die.Nampak gayanye melonjak naik saham si Ashraff ni..sejuk perut ibu mengandung. Harap2 pasni, Ashraff lebih selektif dalam bidang lakonan. Tak usahla berlakon pegang2 pompuan dah.. 

Thursday, January 13, 2011

Duit salah masuk akaun (74k)

Hari ini hari yang agak memeningkan..kes yang berkait dengan tajuk di atas terjadi pada tahun 2003. Melibatkan wang berjumlah lbh kurang 74k.(giler banyak...) Sampai la ni...kes ni x settle2 lg..Walaupun dah hbs prosiding biasa tp bank nak mintak filing rayuan plak...
Sapela yang nak tanggung rugi 74k tu kan...yela bank terpaksa ganti balik duit pemilik sebenar akaun tu..Bila manusia bekerja..kita perlu terima yang satu masa akan ade kecuaian yang berlaku.Walaupun selalunya kita akan berulang kali cek dokumen sebelum apa2 transaksi...tapi 1 hari tu ntah knp kita boleh cuai, kita x perasan benda yang dah nyata depan mata kita..

Risiko...kerja apa pun ada risiko. huhu...(eh...masih dlm topik ke aku ni???)

Ermmm tapi pada pendapat aku bg kes ini...memang banyak fakta yang bercanggah..ader benda tu yang tak patut ada tp ada..huhu...paham tak??? x paham....aku tak boleh nak citer lebih2 sbb kes masih berjln...nanti apa2 hal aku citer ek.... 

p/s: kalo korangla...apa korang buat.?pulangkan atau fight kat court????

Wednesday, January 12, 2011

Fasha Sandha Hilang!!!!

KUALA LUMPUR – Selepas gambar kontroversinya memakai bikini di Bali, Indonesia tersebar di Facebook dan disiarkan Kosmo!, pelakon popular Fasha Sandha bertindak menghilangkan diri sehingga menimbulkan rasa tidak senang beberapa pihak.

Disebabkan tidak mahu membuat penampilan umum, Fasha membatalkan kehadirannya ke Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green anjuran gedung beli-belah The Weld di sini pada saat-saat akhir semalam.


Tindakannya itu menyebabkan pereka terkenal, Hazree Wahid, 29, terpaksa menarik diri daripada majlis itu kerana busana Cheongsam yang dicipta khas untuk diperagakan oleh Fasha tidak dapat dipertontonkan.


Dia kecewa dengan sikap tidak profesional Fasha yang dianggapnya mementingkan diri sendiri.


“Dia (Fasha) sepatutnya menggayakan busana saya yang direka khas mengikut ukuran badan dia tetapi malangnya pada pukul 10 pagi tadi (semalam), dia beritahu tidak dapat hadir kerana ada hal lain.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

P/S: speku..speku...mana FS g?maluke lps gambar pakai bikini tersebar 

Perut Buncit- Cara nak kempis???

Alahai...perut ni, tak leh nak kontrol dah..selain sit up ader cara lain ke nak kempiskan perut. Sedih tol tgk perut ni, dah x slim river dah...
 
Losyen mujarab yang mcm Nora danish pakai tu boleh jalan ke???aku tgk perut Nora Danish pun ader sikit buncit..
Ade beberapa petua yg pernah aku baca: antaranya dengan menyapukan perahan air limau nipis dan kapur makan tu...pastu sapu kat perut sebelum tidor...
Huhu...keberkesanannya...jgn tanya aku sbb aku x try lg

Juice Couture Purse - RM55 Only

JC-1

JC-2

JC-3

JC-4

JC-5

JC-6

JC-7

JC-8

JC-9

JC-10

Juice Couture Sling Bag- RM55 Only

JC-1

JC-2

JC-3

JC-4

JC-5

JC-6

JC-7

JC-8

JC-9
W-23cm
H-14.5cm

motivasi pagi...huhu

Huhh!!! Hari ini hatiku tak tenang..entahla, aku kadang-kadang terlalu kecewa dengan perjalanan hidup. Walaupun aku tau, setiap kehidupan manusia di muka bumi ini pasti akan ada ujian dan dugaan yang datang menyinggah.

Aku cuba positifkan diri, ya..Allah turunkan ujian dan dugaan kerana Dia tahu kita mampu hadapinya. Dia takkan turunkan ujian yang melebihi kemampuan kita.Seberat2 dugaan kita pasti akan ada lagi orang lain yang lebih besar ujiannya.

Bagi aku, cara kita menangani masalah dan mencari jalan penyelesaian adalah langkah terbaik bila berhadapn dengan masalah. Bukannya cuba lari...bila kita lari, secara tidak langsung, kita membuka ruang utk lbh banyak masalah lagi..Lari juga bukan bermakna kita berjaya mengosongkan fikiran kita dari berfikir tentang masalah..
Psstt: ini pengubat duka lara saya..senyuman dan keletahnya menghiburkan, hilang segala tekanan dan masalah

Thursday, January 6, 2011

Bila anda bosan....

Hai...entri dibuat semasa saya bukan dalam keadaan bosan.Haha...btoi... x caya? x caye sudah........sbb tu tajuknya bila anda bosan, kalau saya tengah bosan...sudah tentu tajuknya " Bila saya bosan......

Bila anda bosan? apa yang anda buat? Jawapan standard tido, makan, window shopping (pompuan la ni). haaaaaa sekarang ni pulak, bila bosan ramai yang google2, pastu mulala jumpa benda2 yang buat mata sepet dah jadi bulat...


hahaha...saya cakap je, saya tak buat tau...sbb saya tak pernah rasa bosan (positif2), hehehe

Tuesday, January 4, 2011

Marc Jacobc Handbag - RM95 Only

Marc Jacobs Grey
Height:32cm Width:40cm Thickness:18.5cm 
Handle height:21cm Center of Width 35cm
Comes with dust bag.

Marc Jacobs Black
Height:32cm Width:40cm Thickness:18.5cm 
Handle height:21cm Center of Width 35cm  
Comes with dust bag.

Marc Jacobs Copper
Height:32cm Width:40cm Thickness:18.5cm 
Handle height:21cm Center of Width 35cm
Comes with dust bag.

Fashion Handbag - RM55 only

Sling Bag Flower (Black)
Height:17cm Width:21.5cm Thickness:7.5cm 
Handle height:61.5cm
Comes with logo dust and label.

Sling Bag Flower (Red)
Height:17cm Width:21.5cm Thickness:7.5cm 
Handle height:61.5cm
Comes with logo dust and label.

Sling Bag Flower (Beige)
Height:17cm Width:21.5cm Thickness:7.5cm 
Handle height:61.5cm
Comes with logo dust and label.

Sling Bag Flower (Brown)
Height:17cm Width:21.5cm Thickness:7.5cm 
Handle height:61.5cm
Comes with logo dust and label.

Monday, January 3, 2011

Coach Handbag - RM 88 only

Coach A17
Height:33cm Width:21cm Thickness:13cm 
Handle height:22cm Center of Width 35.5cm
Comes with dust bag.

Coach A18
Height:29cm Width:35.5cm Thickness:12cm
Handle height:21.5cm Center of Width 35.5cm
Comes with dust bag.

Coach A19
Height:28cm Width:28cm Thickness:11cm
Handle height:21cm Center of Width 36cm
Comes with dust bag.

Coach A21
Height:28.5cm Width:35cm Thickness:12cm 
Handle height:23cm Center of Width 35cm
Comes with dust bag.







Coach Handbag - RM 90 only

Coach A11-1
Height:31cm Width:33.5cm Thickness:14.5cm 
Handle height:21.5cm  Center of Width 53cm  
Comes with dust bag.
Coach A11-2

Height:31.5cm Width:28cm Thickness:12.5cm
Handle height:23.5cm Center of Width 43cm  
Comes with dust bag.


Coach A12-1

Height:24cm Width:35cm Thickness:12.5cm 
Handle height:12cm Center of Width 32.5cm
Comes with dust bag.

Coach A12-2

Height:34cm Width:36.5cm Thickness:16.5cm 
Handle height:22cm Center of Width 43.5cm
Comes with dust bag.