Wednesday, January 12, 2011

Fasha Sandha Hilang!!!!

KUALA LUMPUR – Selepas gambar kontroversinya memakai bikini di Bali, Indonesia tersebar di Facebook dan disiarkan Kosmo!, pelakon popular Fasha Sandha bertindak menghilangkan diri sehingga menimbulkan rasa tidak senang beberapa pihak.

Disebabkan tidak mahu membuat penampilan umum, Fasha membatalkan kehadirannya ke Pertunjukan Fesyen Cheongsam Green anjuran gedung beli-belah The Weld di sini pada saat-saat akhir semalam.


Tindakannya itu menyebabkan pereka terkenal, Hazree Wahid, 29, terpaksa menarik diri daripada majlis itu kerana busana Cheongsam yang dicipta khas untuk diperagakan oleh Fasha tidak dapat dipertontonkan.


Dia kecewa dengan sikap tidak profesional Fasha yang dianggapnya mementingkan diri sendiri.


“Dia (Fasha) sepatutnya menggayakan busana saya yang direka khas mengikut ukuran badan dia tetapi malangnya pada pukul 10 pagi tadi (semalam), dia beritahu tidak dapat hadir kerana ada hal lain.


Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

P/S: speku..speku...mana FS g?maluke lps gambar pakai bikini tersebar 

2 comments:

  1. Rajin lagi nak tunggu, dah media aibkan dia terang tang-tang. Takkan nak buat muka tak malu pergi event sana sini. Mau penat nak layan soalan-soalan reporter yang level nak makan penampor.

    ReplyDelete
  2. ermmmm...mungkin lbh tepat die aibkan diri sendiri

    ReplyDelete