Wednesday, January 26, 2011

Hani-TV3

Aku adalah pengikut setia drama bersiri Hani di TV3. Bagi aku drama ini lain dari yang lain sebab tiada watak jahat yang melampau.Drama kekeluargaan ini juga berjaya membuatkan air mata aku mengalir.

Watak Esma Daniel amat berkesan sekali sebagai tipikal bapa-bapa kita.Selalu dalam kehidupan kita bapa yang selalu ambil mudah dalam hal anak-anak.Anak sakit kepala dianggap migrain biasa.

Akhirnya, bapa ni pulak yang susah nak terima kenyataan yang anaknya jadi buta disebabkan barah otak.
Tapi aku suka sangat dengan Elfira Roy...comel je.

Rasanya sesuai kot Rozita Che Wan jadi mak budak-budak ni..sbb anak-anak semua cantik-cantik.Cuma Rozita kena kurangkan kerut-kerut dahi tu..hehe

No comments:

Post a Comment