Wednesday, January 12, 2011

motivasi pagi...huhu

Huhh!!! Hari ini hatiku tak tenang..entahla, aku kadang-kadang terlalu kecewa dengan perjalanan hidup. Walaupun aku tau, setiap kehidupan manusia di muka bumi ini pasti akan ada ujian dan dugaan yang datang menyinggah.

Aku cuba positifkan diri, ya..Allah turunkan ujian dan dugaan kerana Dia tahu kita mampu hadapinya. Dia takkan turunkan ujian yang melebihi kemampuan kita.Seberat2 dugaan kita pasti akan ada lagi orang lain yang lebih besar ujiannya.

Bagi aku, cara kita menangani masalah dan mencari jalan penyelesaian adalah langkah terbaik bila berhadapn dengan masalah. Bukannya cuba lari...bila kita lari, secara tidak langsung, kita membuka ruang utk lbh banyak masalah lagi..Lari juga bukan bermakna kita berjaya mengosongkan fikiran kita dari berfikir tentang masalah..
Psstt: ini pengubat duka lara saya..senyuman dan keletahnya menghiburkan, hilang segala tekanan dan masalah

No comments:

Post a Comment