Wednesday, January 19, 2011

prosedur saman (civil case)

Salam.

Entri hari ini saya nak memberi sedikit garis panduan berkaitan Saman (berkait dengan pinjaman peribadi, kereta, ptptn, dll)

Step:
1. Notis Peringatan- kebiasaannya selepas 3 bulan pihak peminjam tidak menjelaskan apa-apa bayaran kepada pihak Bank, pihak Bank akan mengarahkan panel peguam untuk mengeluarkan Notis Peringatan. Kos notis ini, serendah RM10 dan setinggi RM35 akan ditanggung oleh peminjam. 

2. Notis Tuntutan- Selepas notis peringatan dikeluarkan, tetapi masih tiada apa-apa bayaran diterima oleh pihak Bank, pihak panel peguam kemudian diarahkan pula untuk mengeluarkan Notis Tuntutan dan Penamatan.Kos notis ini RM20-RM40. Tempoh 14 hari diberikan untuk membuat bayaran tunggakan.


3. Saman dan Pernyataan Tuntutan- Saman akan difailkan dimahkamah.Jika hutang lebih RM25k di Mahakmah Sesyen, jika kurang dr itu di Mahkamah Majistret shj. Saman akan diserahkan mengikut kontrak yang disebut di dlm perjanjian.Samaada secara pos biasa, pos berdaftar atau AR berdaftar. Jika secara AR Berdaftar kerumitan akan timbul jika tiada penerima yang menandatangani di kad AR tersebut dan ini akan menyebabkan Saman tersebut terpaksa dipohon kepada pihak Mahkamah untuk diserah secara tampalan di alamat terakhir peminjam (Defendan)

4. Selepas saman diserahkan pihak peguam akan merekodkan Penghakiman terhadap Defendan. Di sini, kita akan diberi peluang untuk menjelaskan tunggakan hutang kita mengikut kemampuan kita.(Itupun dengan persetujuan pihak Bank)

Ok...setakat ini dahulu..mungkin selepas ini saya kan menulis mengenai tindakan lanjut jika Saman ini diabaikan.

No comments:

Post a Comment