Thursday, January 20, 2011

Tiz - Remy~~~We all tak tinggal serumah hokayy!!~~~

Baru sahaja menginjak populariti, nama aktres Tiz Zaqyah tidak henti diselubungi kisah kontroversi. Satu per satu kisah kurang enak mengenainya diperkatakan bermula dengan kisah cintanya bersama aktor Remy Ishak, diikuti kisah dicop sebagai penganggu cinta Fasha dan kekasihnya Jejai, dan selepas itu gosip menagih cinta anak golongan kenamaan (VVIP) pula kedengaran.

Belum pun surut segala kisah tersebut, nama Tiz kembali menjadi tumpuan apabila kisah cintanya bersama Remy dibangkitkan semula. Keintiman mereka semakin dihidu masyarakat umum malah kedua-dua pasangan utama drama Nur Kasih itu kini dikatakan tinggal serumah pula.

Menafikan perkara tersebut jelas aktres berusia 22 tahun itu, kisah duduk serumah dengan Remy merupakan satu fitnah yang nyata.

"Saya memang berkawan dengan dia. Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain. Bukan dia sahaja yang datang bahkan kawan-kawan lain pun sama juga. Saya pun tak faham bagaimana kisah ini timbul kalau ada bukti mengatakan kami duduk sekali saya harap orang yang membuat cerita itu mengemukakan buktinya," katanya ketika ditemui pada majlis preview telemovie, 7 lagu yang diadakan di Mutiara Damansara, di sini, malam tadi.

Mengakui lelah dengan segala fitnah yang melekat pada dirinya, Tiz berkata dia semakin lali dengan permainan khalayak yang berkecimpung dalam bidang seni ini.

"Saya bosan dengan apa yang berlaku kerana segala cerita yang disebarkan tidak benar. Tapi amat sukar untuk saya mempertahankan diri sendiri kerana yang bercakap terlalu ramai. Namun saya bersyukur kerana masih ada keluarga dan rakan-rakan terdekat yang mengerti dan mengetahui siapa saya sebenarnya," jelasnya lagi.

Berdoa sentiasa dikuatkan hatinya oleh Ilahi, wanita berbintang Scorpio ini menjelaskan cinta masih belum bertamu dalam dirinya sementelah dia masih lagi muda dan banyak lagi perkara perlu difokuskan.

"Fokus saya kini hanya untuk kerjaya. Masih banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk memperkembangkan kerjaya dan diri saya. Saya masih muda dan belum terfikir ke arah cinta.Biarlah masa dan waktu menentukannya," katanya mengakhiri perbualan.

kredit:mangga online

No comments:

Post a Comment